Posts

EMPAT (4) PUNCA KEROSAKAN KOMPONEN ELEKTRIKAL KENDERAAN

Image
SISTEM ELEKTRIKAL KENDERAAN EMPAT (4) PUNCA KEROSAKAN KOMPONEN ELEKTRIKAL KENDERAAN                                              KENDERAAN merupakan satu alat/mesin untuk menghubungkan anda dari satu destinasi ke destinasi yang lain.Setiap kenderaan  memerlukan  sistem elektrik  supaya en jin dapat dihidupkan dan membantu memudahkan pemandu di samping dapat menambahkan keefisienan sesebuah kenderaan.Ingat, di sebalik kehebatan prestasi sesebuah kereta, sistem elektrik adalah pencetus kepada operasi sistem keseluruhan kereta berkenaan. Terdapat tiga komponen elektrik wajib ada dalam kereta, iaitu:  bateri, alternator  ,ignition coil dan  motor penghidup   (starter).  Sistem litar tertutup mengalirkan arus dari bateri ke seluruh komponen elektrik kereta itu. Bateri pula bolehlah diibaratkan seperti nyawa dalam memastikan keseluruhan litar kenderaan beroperasi. Berikut merupakan 4 tanda dan punca merosakkan komponen elektrikal kenderaan. 1.PENYAMBUNGAN PENDAWAIAN ELEKTRIKAL TIDAK SEMPURNA

14 Langkah Penting Jika Berlaku Kemalangan.

Image
14 Langkah Penting Jika Berlaku Kemalangan! ****************************************************** Semua pemandu kenderaan di jalan raya sudah pasti akan sentiasa dalam keadaan berhati-hati ketika di jalan raya. Hal ini disebabkan kemalangan di jalan raya yang sering terjadi di sekeliling kita hampir setiap hari. Adakah anda tahu tentang perkara-perkara penting yang perlu dilakukan sekiranya anda terlibat dalam kemalangan? Jika masih ragu-ragu, artikel ini boleh dijadikan sebagai panduan berguna untuk anda. Jom baca! Sekiranya anda terlibat dalam kemalangan yang berpunca daripada pihak anda atau pihak ketiga… 1. Jangan panik. Bertenang agar semuanya dapat diselesaikan dengan baik dan teratur. 2. Catat butiran kenderaan lain yang terlibat dalam kemalangan tersebut. Butiran yang penting adalah seperti nombor pendaftaran kenderaan, buatan kenderaan, model, dan juga warna. 3. Ambil gambar kenderaan (bahagian depan & belakang). Dapatkan juga butiran l

MEMBAWA ALAT GANTI SENDIRI PATUT ATAU TIDAK?

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hari ini kita akan membincangkan dilema yang sering melanda para pemilik bengkel serta pemilik kereta iaitu apabila pelanggan membawa barang sendiri ke bengkel. Untung. Ini lah yang kedua-dua belah pihak bila melakukan transaksi perniagaan atau muamalat. Pihak bengkel mahukan untung. Begitu juga dengan pelanggan. Masalah timbul apabila pihak pelanggan menganggap pihak bengkel cuba mengambil untung berlebihan. Jadi dengan itu, pelanggan merasakan sebaiknya mereka membawa alat ganti sendiri dan meminta pihak bengkel untuk menukar barang tersebut. Tindakan mereka ini didorong dengan anggapan bahawa cara ini paling efisyen untuk membaik pulih kenderaan dengan harga yang murah. Namun begitu, sudah hukum alam apa yang kita lakukan akan mempunyai kesan dan akibat. Kesan dan akibat daripada tindakan ini adalah lebih banyak buruknya berbanding baik. Berikut adalah sebab kenapa anda jangan membawa alat ganti sendiri ke bengkel :- 1. AL

EMPAT TANDA-TANDA PALAM PENCUCUH ANDA PERLU DI TUKAR.

Image
 Boleh dikatakan palam pencucuh adalah jantung pada kereta, jika rosak atau lemah, pastinya kenderaan agak sukar untuk anda menghidupkan enjin. Jadi, adalah penting untuk anda memeriksa komponen ini dan bagi mengetahui tanda-tanda ia perlu diganti. Ini tanda-tanda palam pencucuh yang perlu ditukar dengan perhatikan gejala di bawah: 1. Terganggu Ketika  Idle ldle atau melahu adalah keadaan enjin dihidupkan namun kereta tidak bergerak. Pada situasi ini pusingan enjin tidak sempurna dan gegaran yang tidak normal. Terasa berat ketika pedal minyak dipijak juga menunjukkan palam pencucuh perlu diganti.  2. Susah Hidup Ketika mahu menghidupkan enjin keadaannya tidak seperti biasa seolah sukar dihidupkan. Ini kemungkinan ada kaitan dengan palam pencucuh kerana komponen itu menyalakan percikan api sebagai pemicu untuk enjin hidup. Jika palam pencucuh sudah haus atau rosak lebih baik menggantikan dengan baharu. Jika hanya kotor cukup dibersihkan sa

10 RIM YANG POPULAR DI KALANGAN BUDAK2 KERETA

Image
Apalah erti memiliki kereta yang tampak moden dan eksklusif tanpa dilengkapi rim tayarnya yang menambahkan lagi gaya serta keunggulannya? Rata-rata lelaki bersetuju dengan perkara ini dan wanita tolonglah faham kenapa lelaki sanggup melabur duit untuk membeli rim tayar yang lebih ‘kacak’. Rim adalah pelengkap kepada gaya Berkongsi tentang ‘hobi mahal’ ini, sebuah portal permotoran luar negara, The Autoz pernah menyifatkan kereta yang hebat tanpa rim yang sesuai bagaikan ada cacatnya. Sehubungan itu, pemilik kenderaan dinasihatkan untuk ambil masa mengenali jenis-jenis rim yang ada sebelum memasangnya pada kenderaan masing-masing seperti : 1. OZ Racing Ultraleggera Rim ini sangat ringan dan ia dicipta khas untuk perlumbaan atau lelaki yang suka memandu laju. Roda cekung 10-spoke datang dalam pelbagai saiz antara 17 inci hingga 20 inci dan ia telah dikeluarkan oleh syarikat Itali, OZ Racing lebih 30 tahun. 2. American Racing Torq Thrust American Torq Thrust diperbuat daripada

4 PUNCA INI MUNGKIN PENYEBAB

Image
4 PUNCA INI MUNGKIN PENYEBAB. Ada beberapa hal yang boleh menyebabkan radiator kereta mengalami kebocoran iaitu: 1.Umur Radiator Setiap komponen memiliki jangka hayatnya termasuk radiator. Umumnya ketahanan usia radiator agak lama. Kalau diservis dengan baik boleh digunakan sehingga 10 tahun. Namun, ada juga yang boleh mencecah usia 5 tahun mulai bermasalah. Kalau radiator sudah mengalami retak atau bocor, segeralah menggantinya. 2.Saluran Radiator Tersumbat Kalau anda menggunakan air biasa dan tidak selalu memeriksa air radiator, lama-kelamaan akan muncul kotoran yang boleh menghalang saliran air radiator. Apabila sudah tersumbat, panas dari enjin tidak dapat disalurkan ke elemen pelepas panas radiator. Sebaiknya lakukan pemeriksaan setiap 30,000 atau 40,000km, supaya radiator tetap dalam keadaan baik dan melakukan kerja secara maksimum. Terkena Benda Asing Supaya radiator boleh menangkap udara segar, komponen ini diletakkan di depan enjin dengan lubang atau gril yang terbuka. Perkara

KRS AUTOWORK

Image
KRS AUTOWORK – Your Automotive Solution   PENGENALAN     Krs Autowork  merupakan sebuah pusat servis yang menawarkan servis membaik pulih pelbagai kenderaan termasuk kenderaan perdagangan yang merangkumi kenderaan tugasan ringan (light duty) dan tugasan berat (heavy duty) di mana  misi  dan  visi krs autowork  ingin menjadi salah satu pusat servis yang menawarkan servis membaik pulih pelbagai jenis kenderaan di bawah satu bumbung. Kami mula beroperasi di  Pekan Pahang  pada tahun 2009 sehingga 2017 sebelum berpindah ke tempat baru di kawasan perindustrian padang lalang kuantan pada tahun 2017 lah sekarang, Dan dalam tempoh itu juga kami juga berjaya membuka satu cawangan di  Bandar Pusat   Jengka  pada tahun  2012  dan dari situ jugalah ianya telah menjadi salah satu penanda aras untuk kami terus bertapak dan terus berdaya saing dengan bengkel -bengkel yang ada. Bagi memenuhi minat serta permintaan dalam dunia automotif,kami juga menawarkan servis modifikasi kenderaan untuk kegunaan pe