EMPAT TANDA-TANDA PALAM PENCUCUH ANDA PERLU DI TUKAR.
Ini tanda-tanda palam pencucuh yang perlu ditukar dengan perhatikan gejala di bawah:
1. Terganggu Ketika Idle
ldle atau melahu adalah keadaan enjin dihidupkan namun kereta tidak bergerak. Pada situasi ini pusingan enjin tidak sempurna dan gegaran yang tidak normal. Terasa berat ketika pedal minyak dipijak juga menunjukkan palam pencucuh perlu diganti.
2. Susah Hidup
Ketika mahu menghidupkan enjin keadaannya tidak seperti biasa seolah sukar dihidupkan. Ini kemungkinan ada kaitan dengan palam pencucuh kerana komponen itu menyalakan percikan api sebagai pemicu untuk enjin hidup. Jika palam pencucuh sudah haus atau rosak lebih baik menggantikan dengan baharu. Jika hanya kotor cukup dibersihkan saja.
3. Warna Jadi Gelap
Warna palam pencucuh awalnya bersih dan menjadi gelap disebabkan oleh proses pembakaran pada ruangan bahan bakar yang kurang sempurna yang menyisakan butiran-butiran halus seperti arang pada bahagian elektrod dan hujung. Hal ini juga menjadi penyebab asap berwarna hitam dan kadang kala sukar memanaskan enjin ketika dalam keadaan keadaan sejuk.
4. Perhatikan Perubahan Warna
Untuk anda yang ingin mengetahui kerosakan palam pencucuh, ia boleh dilakukan dengan cara melihat warna komponen ini. Apabila berubah warna menjadi kecoklatan, ini menandakan bahawa jangka hayat palam pencucuh hampir tamat dan harus segera diganti. Jika warna palam pencucuh kemerahan atau kekuningan menandakan enjin panas secara berlebihan.
Sumber: Drebar.my
Jom Servis:
✔️ SPECIALIST IN AUTOMOTIVE SERVICE,MAINTENANCE& REPAIR,COMPUTERISED DIAGNOSTIC & TROUBLE SHOOTING,FUEL INJECTOR CLEANING SERVICE.WE ALSO PROVIDE ENGINE BLUEPRINTING,ENGINE PERFORMANCE UPGRADE & AFTERMARKET ECU.
UNTUK KETERANGAN LEBIH LANJUT :
▶ π»ππππ ππππ π ππππππ πππππ πππππππππππ ππππ πππππ:▶π² http://www.wasap.my/+60134061584
Waze: πππKRS AUTOWORK,No. B -58 Lorong Padang Lalang 12,Kawasan Perindustrian Padang Lalang,25050 Kuantan,Pahang
Google Map: πhttps://bit.ly/KRSAUTOWORK