14 Langkah Penting Jika Berlaku Kemalangan.

14 Langkah Penting Jika Berlaku Kemalangan!
******************************************************

Semua pemandu kenderaan di jalan raya sudah pasti akan sentiasa dalam keadaan berhati-hati ketika di jalan raya. Hal ini disebabkan kemalangan di jalan raya yang sering terjadi di sekeliling kita hampir setiap hari. Adakah anda tahu tentang perkara-perkara penting yang perlu dilakukan sekiranya anda terlibat dalam kemalangan? Jika masih ragu-ragu, artikel ini boleh dijadikan sebagai panduan berguna untuk anda.


Jom baca!

Sekiranya anda terlibat dalam kemalangan yang berpunca daripada pihak anda atau pihak ketiga…

1. Jangan panik.

Bertenang agar semuanya dapat diselesaikan dengan baik dan teratur.

2. Catat butiran kenderaan lain yang terlibat dalam kemalangan tersebut.

Butiran yang penting adalah seperti nombor pendaftaran kenderaan, buatan kenderaan, model, dan juga warna.

3. Ambil gambar kenderaan (bahagian depan & belakang).

Dapatkan juga butiran lokasi yang tepat beserta nama jalan dan bangunan berdekatan.

4.Dapatkan butiran pihak ketiga.

Butiran yang perlu seperti nama, nombor telefon, dan juga nombor kad pengenalan.

5. Hubungi perkhidmatan bantuan tepi jalan penanggung insurans (jika ada) atau bantuan kemalangan.

Jika perlu, trak tunda akan membawa kenderaan anda ke bengkel panel yang terdekat.

6. Buat laporan polis dalam di balai polis dalam tempoh 24 jam (denda akan dikenakan jika lewat).

Sangat digalakkan untuk membuat laporan polis ini bersama dengan pihak ketiga.

7. Sediakan kad pengenalan dan juga lesen kenderaan anda.

8. Pegawai polis akan bertanyakan soalan-soalan penting kepada anda.

Bersedia untuk memberikan maklumat tentang kejadian yang telah berlaku dengan butiran yang tepat seperti nama jalan, bangunan yang berdekatan, masa kejadian, dan kemalangan yang terlibat. Pegawai polis tersebut akan menulis berkenaan kenyataan ke dalam sistem dan akan dicetak untuk rekod anda. Kes anda akan diambil oleh oleh pegawai penyiasat untuk menyiasat siapa yang bersalah dalam perkara tersebut.

9. Pegawai penyiasat akan mengarahkan anda untuk ke seksyen seterusnya.

Seksyen di mana gambar-gambar kenderaan anda yang rosak itu perlu diambil.

10. Minta salinan laporan polis, keputusan siasatandan gambar-gambar kenderaan anda di kaunter (boleh diambil dalam tempoh 1-2 minggu).

Anda akan diberikan nombor rujukan untuk laporan tersebut dan anda boleh status tersebut dengan menghubungi nombor telefon yang disediakan. Terdapat bayaran nominal yang akan dikenakan semasa proses pengambilan.

Untuk membuat tuntutan daripada syarikat insurans…

11. Maklumkan kepada syarikat insurans anda berkenaan dengan kemalangan secepat mungkin.

12. Hantar kenderaan anda ke bengkel panel untuk pembaikan yang diluluskan di bawah Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM).

13. Jika anda mengalami kecederaan, dapatkan bantuan perubatan secepat mungkin dan simpan salinan laporan perubatan tersebut.

14. Serahkan laporan polis, keputusan siasatan dan gambar kenderaan kepada bengkel panel untuk proses tuntutan insurans.

Sekarang, anda sudah tahu langkah-langkah yang perlu diikuti sekiranya berlaku kemalangan. Jadi, tidak perlu panik. Dengan mengikuti langkah-langkah yang penting ini, anda dapat mengelakkan diri anda daripada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab yang sering hadir semasa kejadian kemalangan untuk merumitkan lagi keadaan.

Untuk keterangan lebih lanjut:
▶ 𝑻𝒆𝒌𝒂𝒏 𝒍𝒊𝒏𝒌 𝒅𝒊𝒃𝒂𝒘𝒂𝒉 𝒖𝒏𝒕𝒖𝒌 𝒎𝒆𝒏𝒈𝒉𝒖𝒃𝒖𝒏𝒈𝒊 𝒌𝒂𝒎𝒊 𝒕𝒆𝒓𝒖𝒔:▶
📲 http://www.wasap.my/+60134061584

Waze: 🌏📍📍KRS AUTOWORK,
No. B -58 Lorong Padang Lalang 12
Kawasan Perindustrian Padang Lalang,
25050 Kuantan,Pahang
Google Map: 📍https://bit.ly/KRSAUTOWORK



Popular posts from this blog

EMPAT TANDA-TANDA PALAM PENCUCUH ANDA PERLU DI TUKAR.

10 RIM YANG POPULAR DI KALANGAN BUDAK2 KERETA

EMPAT (4) PUNCA KEROSAKAN KOMPONEN ELEKTRIKAL KENDERAAN