EMPAT (4) PUNCA KEROSAKAN KOMPONEN ELEKTRIKAL KENDERAAN

SISTEM ELEKTRIKAL KENDERAAN

EMPAT (4) PUNCA KEROSAKAN KOMPONEN ELEKTRIKAL KENDERAAN

                                            

KENDERAAN merupakan satu alat/mesin untuk menghubungkan anda dari satu destinasi ke destinasi yang lain.Setiap kenderaan memerlukan sistem elektrik supaya enjin dapat dihidupkan dan membantu memudahkan pemandu di samping dapat menambahkan keefisienan sesebuah kenderaan.Ingat, di sebalik kehebatan prestasi sesebuah kereta, sistem elektrik adalah pencetus kepada operasi sistem keseluruhan kereta berkenaan.

Terdapat tiga komponen elektrik wajib ada dalam kereta, iaitu: bateri, alternator ,ignition coil dan motor penghidup (starter). Sistem litar tertutup mengalirkan arus dari bateri ke seluruh komponen elektrik kereta itu. Bateri pula bolehlah diibaratkan seperti nyawa dalam memastikan keseluruhan litar kenderaan beroperasi.

Berikut merupakan 4 tanda dan punca merosakkan komponen elektrikal kenderaan.


1.PENYAMBUNGAN PENDAWAIAN ELEKTRIKAL TIDAK SEMPURNA
Pada era kemajuan teknologi automotif harini, setiap kenderaan telah dilengkapi dengan pelbagai alat/device elektronik bagi membantu memudahkan dan menambah effisien sesebuah kenderaan.Pada masa sekarang,kebanyakan alatan/device atau komponen kenderaan dilengkapi sistem pendawaian elektrikal bagi menyambungkan operasi diantara setiap komponen.Sekiranya pendawaian ini dilakukan secara tidak sempurna,ianya boleh mengakibatkan litar pintas (short circuit) dan kemungkinan percikan api yang telah berlaku hasil dari litar pintas tersebut boleh mengakibatkan kebakaran pada kenderaan.Nampak remeh kan??Tetapi akibatnya boleh membuatkan nyawa anda melayang.

2. PENGUBAHAN/PENAMBAHAN KOMPONEN ELEKTRIKAL 
Pada hari ini,jualan atas talian merupakan salah satu medium untuk pelanggan mendapatkan pelbagai jenis aksesori dan alat ganti kenderaan.Lambakan jualan peralatan aksesori kenderaan di atas talian merupakan salah satu pilihan pelanggan kerana harga yang MURAH.Tahukan anda penambahan GADJET/DEVICE ini menyumbang kepada punca kerosakan KOMPONEN ELEKTRIKAL kenderaan kerana,penambahan alatan/device tersebut telah mengakibatkan penambahan LOAD pada Alternator dan pendawaian kenderaan yang asal.Sekiranya perkara ini berlaku,ini akan mengakibatkan penebat wayar rosak/cair seterusnya menyumbang kepada litar pintas (SHORT CIRCUIT).

3.SISTEM PEMBUMIAN ELEKTRIK (GROUNDING)

SISTEM PEMBUMIAN ELEKTRIK

Litar pembumian elektrik kereta.

Sistem elektrik kereta terdiri daripada fungsi keseluruhan sistem. Bermula menghidupkan enjin, mengecas semula bateri dan menghidupkan semua alatan elektrik dalam kereta seperti lampu, radio, hon, penyaman udara atau apa saja yang dikuasakan tenaga elektrik. Setiap litar berfungsi menggunakan suis atau suis berkala dikawal elektrokmagnet yang dikenali sebagai sistem litar sesalur.

Arus elektrik disalurkan menerusi satu wayar dari bateri ke komponen yang akan mula berfungsi. Komponen itu mempunyai wayar yang dibumikan pada badan kereta yang akan bersambung menggunakan satu wayar kepada bateri  yang berfungsi mengembalikan arus ke bateri.

Wayar tersebut cukup tebal bagi memudahkan pengaliran arus kembali kepada bateri dan menjamin keselamatan pemandu dan penumpang. Berdasarkan gambarajah litar di atas, pembumian elekrik berfungsi seperti berikut:

  • Litar disambungkan menggunakan suis
  • Arus mengalir daripada terminal (+) kepada komponen
  • Komponen elektrik dibumikan kepada badan kereta
  • Badan kereta bersambung di terminal (-) bateri
4.PENGGUNAAN FIUS/WAYAR YANG TIDAK SESUAI

Penggunaan wayar yang tidak baik akan mengganggu kawalan perintang kepada arus. Arus yang tinggi akan merosakkan wayar dan boleh mengakibatkan wayar cair atau terbakar. Keadaan ini pasti berbahaya kepada pemilik kenderaan.

Justeru, pengeluar menyediakan kotak fius yang akan berfungsi sebagai pemutus aliran arus kepada komponen. Ini bagi mengelakkan litar pintas berlaku yang boleh mengakibatkan kebakaran. Fius itu mampu menampung jumlah arus dibenarkan dan akan rosak apabila arus mengalir melebihi had ditetapkan.

Jadi, jika komponen tidak dapat dihidupkan, cuba periksa kotak fius anda. Selalunya kotak ini berdekatan ruang pemandu atau dalam ruang enjin. Fius ini turut berfungsi mengelakkan keseluruhan sistem elektrik kereta terjejas akibat satu kerosakan litar komponen. Pemilik boleh menggantikan sendiri fius rosak dengan fius baharu. Pastikan nilai keupayaan fius adalah sama dengan fius ditetapkan pengeluar.

UNTUK SEBARANG PERTANYAN ATAU KHIDMAT NASIHAT & SERVIS PENDAWAIAN KENDERAAN ANDA,BOLEH HUBUNGI KAMI DI TALIAN 013-4061584 ATAU EMEL KE krsautowork88@gmail.com.
PERTANYAAN DAN PENDAPAT DARI ANDA SANGAT KAMI HARGAI

Popular posts from this blog

EMPAT TANDA-TANDA PALAM PENCUCUH ANDA PERLU DI TUKAR.

10 RIM YANG POPULAR DI KALANGAN BUDAK2 KERETA